cahaya taubat
Wednesday, 12 October 2016
Why me ???
Selepas apa yg terjadi, aku dah janji pd diri yg aku xnak bercinta lagi. Tapi,knp Tuhan hadirkn dia dlm hidup aku?? Aku xmampu utk beri apa yg dia mahukan. Dan diri yg ternoda ini tidak layak utk org sebaik dia. Apa yg perlu aku lakukan sbnrnya?? Adakah mahu menerima atau melepaskan?? Ya Allah,bantulah aku utk membuat keputusan yg terbaik. Sungguh diri ini bnyk lagi dosa yg menemani.
Wednesday, 20 January 2016
what can i do???
What can i do now?
Everything mcm dh musnah!
Dah xde ape yg boleh diharapkan..
Dy nk seorg yg pndai msk n boleh jaga famly dy..
Hbis tu fmly aq mcm mne?
Aq dh mls nk harap kn ape2 lg..
Dy mcm selfish,asik fkir psl dy aje..
Lepas ni, mls nk fkir psl cinta or else psl kwin lg.
Klau dy nk cari org lain,cari lh.aq xkisah.
Its up to u nk buat ape lg lps ni. Sibuk sgt dgn
bisnes dy tu smpai org lain dpinggirkn..
#xnkkawin
Everything mcm dh musnah!
Dah xde ape yg boleh diharapkan..
Dy nk seorg yg pndai msk n boleh jaga famly dy..
Hbis tu fmly aq mcm mne?
Aq dh mls nk harap kn ape2 lg..
Dy mcm selfish,asik fkir psl dy aje..
Lepas ni, mls nk fkir psl cinta or else psl kwin lg.
Klau dy nk cari org lain,cari lh.aq xkisah.
Its up to u nk buat ape lg lps ni. Sibuk sgt dgn
bisnes dy tu smpai org lain dpinggirkn..
#xnkkawin
Saturday, 24 November 2012
''Tengoklah Bintang Itu Andai Rindu''
Keheningan malam kian terasa. Deru angin yang tidak putus-putus bertiup menambahkan lagi kesejukan suasana pada malam hari. Bayangan bulan sudah tidak kelihatan dek liputan awam malam yang menghalang pancaran bulan dari turun ke bumi, begitu juga dengan ketidakhadiran bintang terang pada malam itu seolah –olah mengetahui akan kedatangan hujan .
Hani mendonggak ke arah langit mengharapkan kedatangan bintang muncul walaupun dia tahu itu semua takkan berlaku kerana hujan telah pun mulai turun sedikit demi sedikit. Hani bukannya tidak boleh menunggu tibanya hari esok, tetapi dia bimbang sekiranya hari tersebut tidak sempat dirasainya lagi . Batuknya semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari, kesakitan mula terasa kadang-kadang terasa amat perit dan pedih sekali!!.
Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa seksanya dia menahan kesakitan yang ditanggungnya sehingga menyukarkannya untuk bergerak dan tidak boleh aktif seperti dulu lagi. Dia sedar bahawa Allah sedang mengujinya ,dan kepadaNYA la dia mengadu segala keperitan dan kesakitan yang dialaminya. Dia tahu kesabaran adalah penting dalam menghadapi segala ujian itu.
Jika dulu, dia seorang yang sangat dikenali di sekolah kerana keaktifannya dalam ko-kurikulum sehingga ke peringkat negeri dan setelah tamat sekolah menengah, dia menyambung pula pengajiannya di universiti terkemuka di tanah air. Walaupun dia seorang yang gemar bersukan, namun dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya sehingga melayakanya berjaya menjejaki kaki di menara gading.
Begitu juga dari segi penjagaan ibadahnya yang sentiasa dititikberatkan seiring dengan kehidupannya, pesan ibu dan ayahnya tidak pernah dilupai supaya pandai-pandai menjaga diri dan maruah keluarga walaupun dimana sahaja berada. Kini dia sudah tidak seperti dahulu lagi, kesihatannya selalu terganggu dan sering kali berulang alik dari hospital. Mujurlah ada sahabat yang memahami keadaannya ketika itu, disaat dia memerlukan sokongan keluarga tersayang yang tidak ada didepan mata. Aisyah merupakan sahabat sebiliknya yang sentiasa memberi semangat kepadanya supaya sentiasa tabah dan sabar menghadapi semua ini.
Hani masih lagi ingat ketika doktor mengesahkan kanser paru-parunya sudah berada di tahap kritikal dan jika tidak diberi rawatan secepat mungkin, dikhuatiri boleh merebak sehingga membawa kepada kematian. Sukar untuk digambarkan perasaannya pada masa itu, hanya air mata yang berlinangan membasahi pipi.
Dia redha dengan berita yang diterimanya dan merasakan semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala kemungkinan ini. Sesungguhnya pengetahuan Allah adalah luas dan tidak terbatas, segala yang berlaku hanya DIA sahaja yang tahu.
Memang pada mulanya Hani menyangka batuk itu adalah batuk biasa, namun dari sehari ke sehari batuknya kian menjadi-jadi sehingga menjadi batuk berdarah. Semenjak dari hari itu, dia sentiasa mendapatkan rawatan susulan di hospital dan doktor menasihatinya agar selalu mengambil ubat serta tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh memenatkan dirinya sehingga boleh menyukarkannya bernafas . Symptom-symptom seperti batuk yang berterusan, sesak nafas, batuk berdarah dan sentiasa lemah dan lesu telah pun dirasainya. Namun begitu, dia tidak pernah mengeluh terhadap ujian yang dilaluinya dan tidak pernah berputus asa.
Sedar-sedar, sudah hampir empat tahun Hani berada di universiti, kini pengajiannya sudah di tahun akhir dan sedikit masa lagi dia akan menamatkan pengajiannya yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Sepanjang berada di universiti, Hani belajar seperti biasa sepertimana rakan-rakannya yang lain. Walaupun dia tahu akan keadaan kesihatannya yang tidak menentu, namun dia cuba berlagak sihat seakan –akan tidak ada apa-apa yang berlaku .
Kawan-kawannya juga tidak mengetahui akan penyakit yang dihadapinya kecuali teman roomatenya yang juga teman sekelasnya. Hani tidak mahu mereka tahu dan meminta Aisyah agar merahsiakannya daripada pengetahuan mereka. Hari demi hari, peperiksaan semakin menghampiri. Kesihatan Hani mula terganggu, dia sering batuk dan sesekali sukar untuk bernafas. Ubat -ubatnya juga sudah hampir kehabisan, dia sedar bahawa dia perlu mengambil ubat yang baru di hospital dan mendapatkan rawatan susulan yang disarankan oleh doktor.
Disebabkan kesibukan menelaah pelajaran dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, dia terlupa untuk berbuat demikian. Dia sedar, kansernya semakin teruk dari hari ke hari, dia berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam melawan penyakitnya sehingga dia dapat menghabiskan peperiksaannya yang terakhir.
Peperiksaan terakhir yang diambil oleh Hani telah pun selesai. Hani memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan terus bernafas hingga ke saat ini. Segala urusan pengajiannya telah pun selesai, hanya Cuma tinggal keputusannya sahaja. Masing-masing bersalaman antara satu sama lain tanda perpisahan. Selepas ini mereka akan membawa haluan masing-masing. Mereka juga berharap akan bertemu lagi pada suatu hari nanti pada hari Konvokesyen.
Tetapi bagi Hani, dia tidak pasti sama ada dia masih ada ataupun tidak pada hari tersebut. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segala yang akan berlaku. Hani sedar harapan untuk dia sembuh adalah sukar dijangka. Hani tahu hanyasanya dia tidak punya banyak waktu dan sampaikan bilakah dia mampu bertahan, hanya masa yang menentukan.
*****
Aisyah, sahabat karibnya tidak sampai hati untuk berpisah, mereka telah lama bersama dalam mengharungi suka duka semenjak awal perkenalan di universiti lagi. Tambahan pula mereka adalah rakan sebilik dan lebih memahami antara satu sama lain. Aisyah kelihatan sedih kerana sebentar sahaja lagi keluarga Hani akan tiba untuk membawanya pulang ke kampung halaman. Segala barang-barang telah pun siap dipacking dan diletakkan di dalam kotak . Aisyah pula masih lagi sibuk mengemaskan apa-apa yang patut. Sementara menunggu keluarga Hani tiba, mereka berbual-bual. Hani sempat mengerling ke arah kotak-kotak buku miliknya dan memastikan agar tiada barang yang tertinggal.
"Apa yang kau tengokkan tu? Alah... jangan risaulah tak larinya barang kau tu". Aisyah menyindir, setelah melihat kelakuan Hani yang sentiasa mengerling pada kotak barangnya sambil mengira bilangan kotak tersebut.
"Takde lah, sekadar nak memastikan semuanya ada supaya tidak ada yang tertinggal nanti. Bukannya dekat nak patah balik." Balas Hani sambil tersenyum.
Sambil itu, dia menuju ke arah beg sandangnya dan mengeluarkan sesuatu.
"Nah!, aku hadiahkan untuk kau". Hani menghulurkan sesuatu.
"Eh, apa ni Hani, birthday aku lambat lagi la". Pintas Aisyah sambil tangannya membuka bungkusan hadiah tersebut.
"Waaa..., cantiknya!". Hani hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.
"Terima kasih Hani, Sayang kau Ketat-ketat..hi..hi". Tambah Aisyah lagi.
"Ye la tu...". Balas Hani sambil memuncungkan bibirnya..
Aisyah tergelak dengan memek muka Hani sebentar tadi lantas memeluk sahabatnya itu erat-erat tanda terima kasih atas hadiah yang diterimanya.
"Dah..dah..dah.. lemas pulak aku ni kan kau peluk lama-lama." Sindir Hani sambil ketawa.
Aisyah hanya mencebik mendengar Hani menyindirnya. Dia senyum.
"Nanti kalau kau teringat kat aku, kau tengoklah bintang-bintang kecil kat dalam botol tu." Suara Hani seakan mendatar.
"InsyaAllah, aku akan sentiasa ingat kau sampai bila-bila. Oh ye, boleh tak aku nak minta tolong sampaikan salam aku pada kawan-kawan kalau jumpa diorang pada konvokesyen nanti?". Pinta Hani penuh harap
Aisyah kehairanan. " Eh! Kau tak datang ke nanti? Tak bestlah macam ni...". Sambil menunjukkan mimik muka yang tidak puas hati.
"Aku tak janji la. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah aku datang ." Balas Hani.
"Okay!. Janji..?" Aisyah inginkan kepastian daripada Hani, dan Hani hanya mengangguk sekadar mengiyakan walaupun dia dapat merasakan pertemuan semula di hari konvokesyen itu tidak akan kesampaian. Namun, di sudut hatinya dia sangat mengharapkan semoga Allah memanjangkan umurnya sehingga tiba hari bersejarah itu.
*****
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar telah pun tiba. Keputusan peperiksaan sudah dikeluarkan. kebanyakkan pelajar memperolehi keputusan cemerlang dan masing-masing sangat berpuas hati akan usaha yang mereka selama ini. Begitu juga Aisyah, dia sangat gembira dan bersyukur dengan keputusan peperiksaannya. Usahanya tidak sia-sia.
Setibanya hari konvokesyen, semua graduan hadir bagi menerima ijazah masing-masing. Ada yang datang bersama keluarga, kawan-kawan dan bagi mereka yang tinggal jauh, mereka datang seawal sebelum hari kejadian dan menyewa mana-mana hotel sebagai tempat penginapan mereka. Ada juga keluarga yang tidak dapat hadir dan hanya ditemani rakan-rakan dan saudara terdekat yang tinggal berdekatan dengan universiti tersebut.
Aisyah melihat-lihat ke arah orang ramai yang berasak-asak untuk masuk memenuhi ruang dewan. Matanya tercari-cari pada satu wajah. Wajah yang tersimpan rindu. Ternyata hampa, Wajah Hani tidak juga muncul. Setelah puas menunggu, Aisyah beransur masuk ke dewan. Kedengaran satu demi satu nama pelajar dari pelbagai falkulti diumumkan untuk sesi penyerahan ijazah, begitu juga Aisyah.
"Ummu Hani Binti Haris" Suara dari pentas bergema di dalam dewan itu.
Aisyah segera berpaling ke atas pentas. Ingin sekali dia melihat dan bertemu dengan sahabat karibnya itu.Tetapi hampa, kerana ianya bukan Hani, penyerahan ijazahnya diambil oleh ayahnya En.haris sebagai wakil. Aisyah semakin hairan dengan ketidakhadiran sahabatnya itu.
"Empat tahun ditunggu-tunggu, tak mungkin Hani tak datang di hari bersejarah ni?" Bisik Aisyah.
" atau Hani.......Tak, tak.. Tak mungkin" Aisyah terus mematikan fikiran negatifnya. Dia terus mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara dan memberi kebaikan kepada sahabat karibnya itu.
Setelah upacara penyerahan sijil itu berakhir, Aisyah bertemu dengan keluarga Hani dan bertanyakan akan sahabatnya itu. Setelah diceritakan, tahulah dia bahawa sahabatnya itu telah pergi buat selama-lamanya disebabkan penyakit yang dihadapinya. Rupa-rupanya itulah hari terakhir mereka berjumpa dan masih lagi dia teringat akan pesanan sahabatnya supaya menyampaikan salam kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kini setiap kali Aisyah teringat akan sahabatnya itu, dia tidak lupa untuk sedekahkan Al –Fatihah. Kadang-kadang bila terasa rindu, dia akan melihat bintang-bintang kecil dari pemberian Hani dulu. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Hani sebelum berangkat pulang .
"Nanti kalau kau teringat kat aku,kau tengoklah bintang-bintang kecil kat dalam botol tu." Sehingga ke hari ini Aisyah masih lagi mengingati sahabatnya itu, walaupun peristiwa itu telah lama berlalu.
-iluvislam.com
Sunday, 15 July 2012
FORUM WANITA : “ADA APA DENGAN KITA?” OLEH : USTAZAH FATIMAH SYARHA DAN FARAH ASYIKIN ZULKIFLI (OIAM) @ uitm pulau pinang
Fatimah Syarha ( ciri-ciri Fatimah Az-Zahrah )
Ø
Bijak
Ø
Sangat menghormati suami dan kreatif
v
Cinta pada sesuatu,boleh buat kita buta / tuli
v
Fitrah di layan2 boleh jadi fitnah
v
Wanita ada hak bersuara -> seperti dalam
berpoligami
ü
Buku Ciri2 Unggul / Ukur Masyarakat
Islam yg Diidamkan – oleh Al-Qhardawi
Farah Asyikin
Nak tutup aurat x perlu tunggu seru kerana seru
sudah lama ada
Change 100% not little
About wearing a niqab
Don’t think what people say about us -> jika
ingin berubah
Hijab secara ber-peringkat2 ( certain
people )
Just do it what is truth - to be muslimah à mukminah à bertaqwa
About surah Al-Insyirah
Fatimah Syarha
Ø
Balik utk jumpa Allah,perlu dlm keadaan baik /
bersih
Ø
Try to be a good person
Ø
Tugas kita (manusia ) x pernah selesai selagi
kita hidup
Ø
If kita sibuk memikirkan aib diri sendiri,kita x
akan ada masa utk memikirkan aib orang lain
Ø
Buat sesuatu dgn ilmu yg dimiliki
Ø
3 golongan yg cakap2 fasal wanita –
golongan yg ingin wanita mendedahkan aurat sededah-dedahnya,golongan yg
mengeksploitasi kecantikan wanita dan golongan yg ingin wanita menutup aurat
se-tutup2 nya ( kalau boleh,ingin wanita duduk rumah shj,xperlu
ke-mana2 )
Ø
Pemakaian niqab
Ø
Pakaian berbeza di setiap negara – mengikut adat
masing2 -> boleh tiru mana yg baik / sopan
Ø
Islam meraikan adat yg elok
Ø
Islam x menyekat fesyen,tetapi Islam anti
dedah aurat
Ø
Jgn buat salah,kalau benda itu salah
Ø
Sedia ubah jika sudah salah – jgn cari kesalahan
org lain
Ø
Jgn takut jika berbuat salah ( menyesal ) –
berani kerana benar,takut kerana salah
Ø
Banyakkan mencari ilmu
Farah Asyikin
Upgradekan diri – sikit / banyak
Topup iman all the time = video ‘100 hari sebelum kematian’ ( youtube )
Islam is beautiful
Try utk elak buat dosa
Dekatkan diri dengan Allah ( tugas setiap
manusia )
Jgn rasa berat utk tunaikan solat Taubat à kekerapan-rasa tenang
/ suci
Always dressing Islam / muslimah
Don’t afraid what we are carring
Be proud with our religion ( Islam )
Umat Islam menjadi contoh kpd non-muslim
Hati yg x bersih – ikutan yg x baik
Don’t be afraid to make a changes
Berubah utk mendapat keredaan Allah
Kebalkan diri to make changing
Cinta pada diri sendiri / Allah / Rasul
Reda / pasrah dgn setiap ketentuan / takdir
Takut akan seksaan / azab Allah ( azab Allah
tiada bandingan )
Doa is the most powerful ‘senjata’ in the world
Allah will give something for a ‘umat’ at the
right time
Fatimah Syarha
Minum air masak à
penjagaan fizikal
Penjagaan hati -> why ??
Allah x pernah kecewakan kita -> akidah
Jaga solat dan baca Al-Quran selalu
Cara mengenali bakal suami – bergantung kepada
akhlak kita sendiri
“Apa yg kita buat,itu yg kita akan dapat”
Fasal 4 golongan ( lelaki ) yg ditarik oleh
wanita ke neraka
Menutup aurat bukan dlm bentuk yg menyusahkan
wanita
Jgn Tabarruj seperti wanita zaman Jahiliyyah
Jgn cepat menghukum sesuatu
Isu sanggul rambut ( bonggol unta ) -> can if
ada keperluan – seperti wanita bersalin,pening2 jika xsanggul rambut
Conclusion (moderator )
Ikhlas cintakan Allah
Tiada halangan untuk meraih cinta Allah – if ada
halangan sekalipun,ianya rasa seperti gigitan semut shj
TOWARDS A HEALTHY FUTURE : “ Saya Sihat,Awak Sihat Tak?” Oleh : Imam Muda Fattah Riddzuan @ UITM PULAU PINANG
Ø Makan
kurma dan kismis
Ø Sakit
- proses penghapusan dosa ( Allah hapuskan dosa )
Ø Berhenti
makan sebelum kenyang
Ø Penyakit
rohani
Ø Semua
perkara depends ( bergantung ) kepada Islam
Ø Manusia
selalu pandang sesuatu dgn pandangan manifestasi – elakkan
Ø Dakwah
bukan marah,tapi nasihat
Ø Firaun
-> rohaninya sakit,hati penuh kekotoran
Ø Hati
sakit yg disebabkan nasihat = hati itu masih berfungsi
Ø Banyakkan
mengingati mati
Ø “Dunia
pada tangan,akhirat pada hati”
Ø Cinta
pada keluarga / sesuatu dgn ikhlas
Ø “Jika
nk lihat jatuh bangunnya sesebuah negara itu,lihatlah kaum wanita/perempuannya”
Ø Membaca
Al-Quran -> refresh hati -> rasa tenang
Ø Berzikirlah
sepanjang waktu
Ø Cari
guru jika ingin belajar
Ø Pilih
kawan yg baik / elok
Ø Sentiasa
ingatkan / nasihatkan kawan kita
Ø Taubat
Ø Ubah
hidup diri / keluarga -> lebih baik
Ø MANIFESTASI*
Facebook – Imam Muda Fattah
Fanpage – Imam Muda Fattah / Imam
Muda Fatah
Tuesday, 10 July 2012
Sedapnya Coroquette
Croquette
adalah sejenis snek berbentuk bujur dan kelihatan seperti nuget. Orang jepun
memanggil coroquette sebagai korokke . Isi Croquette ialah kentang dan beberapa
bahan lain. Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang susah makan, Anda
boleh cuba menghidangkan Croquette untuk anak-anak anda.
Oleh itu,
jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk membuat croqutte.
Bahan-bahan :
- 3-4 biji kentang
- seledri atau daun bawang yang dipotong halus
- 1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
- v150 gram ayam atau daging cincang
- serbuk roti
- cheese
- 2 biji telur yang dipukul
- garam
- lada sulah
- minyak untuk menggoreng
Cara masakan :
01.Rebuskan kentang
yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk
02.Lenyekkan
isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.
03.Panaskan
minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan
ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang
atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa
04.Masukkan
bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese
mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.
05.Buat
adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur
06.Gaulkan
dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan
serbuk roti.
07.Akhir
sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.
08.Siap
untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.
10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna Kepada Penggerak Daawah
1. Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila
mendengara adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah
kepada Allah dan janganlah engkau membazirkan waktumu dalam menyelesaikan
masalah yang tidak bermanfaat.
3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam
bahasa Arab dengan fasih.
4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam
pembicaraan sebab ia tidak akan mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu
berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.
6. Jangan banyak bergurau karena umat yang berjihad
tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh.
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang
diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang yang
mendengar.
8. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain
atau pertubuhan lain atau melukai perasaan orang lain dalam
bentuk apapun. Usah berbicara kecuali yang baik.
9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui
walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun
(kerja sama).
10.
Pekerjaan rumah kita sebenarnya
kesuntukan waktu, maka manfaatkanlah waktu yang ada dan apabila kalian
mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk
diselesaikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)