Saturday, 28 May 2011

Kan Best Andai Ana Jadi Dia

Anda mesti pernah terfikir, "bestnye hidup orang tu" sampai membuatkan anda teringin nak jadi dirinya dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?Kadang-kadang kita merasakan hidup kita ini kalau dibandingkan dengan orang lain membosankan. Hidup orang lain best-best belaka. Jarang kita nampak orang lain hidup dalam keadaan sedih dengan  masalah-masalah yang tidak diingini seperti kita.Lagi menambahkan  kesedihan kita kalau kita lihat orang itu asyik   gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan duniawi - naik   pangkat, beli kereta mewah, suami atau isteri yang baik, anak-anak   membesar dengan baik, berjaya dalam pelajaran dan macam-macam nikmat   lagi... dan diakhirnya nanti kita akan berbisik sendirian, "kalaulah aku  jadi dia kan best'...Secara logiknya, ada ke orang yang nak ceritakan masalah-masalahnya   kepada orang lain? Hakikatnya, orang suka menunjuk-nunjuk kegembiraannya   kepada orang lain.Masalah-masalahnya hanya akan diceritakan kepada  orang-orang tertentu yang rapat dengannya sahaja. Jadi, kita tidak seharusnya menilai seseorang dengan luarannya sahaja. Mungkin hidupnya lagi bermasalah dari kita cuma dia tidak menunjukkan kepada kita. Siapa tahu?Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu. Saya tidak nafikan, saya  pun  pernah terfikir seperti itu. Tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa  kita  perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain? Kenapa perlu   memperkecilkan diri sendiri dan membesarkan orang lain sampai membuatkan   kita rasa diri kita hina, kurang keyakinan diri dan sebagainya?Sebab itulah wujudnya sifat 'bersyukur'. Sesungguhnya orang yang   sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan   gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan  dirinya dengan orang lain  sehingga membuatkan dirinya merasa sedih dan  tertekan. Berkata Imam  Ali, antara ciri-ciri orang bertaqwa ialah 'redho dengan sedikit' atau  dalam kata lain, gembira dengan apa yang  kita dapat.Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu...." Selain itu, ada satu hadith Nabi Muhammad s.a.w riwayat at-Tabrani, Abu Naim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas yang bermaksud: "Diserukan  pada hari Kiamat supaya orang-orang 'al-hammadun'  (orang-orang yang  banyak memuji Tuhan atas nikmat-Nya) agar bangun  berdiri. Maka  bangunlah satu jemaah (kumpulan) lalu mendirikan bendera.  Mereka itu  terus masuk ke Syurga. Apabila ditanya, "Siapakah orang-orang   al-Hammadun itu?" Maka Nabi Muhammad s.a.w pun menjawab: "Mereka yang   bersyukur kepada Allah s.w.t semasa dalam keadaan suka dan duka." Lihat, betapa sifat bersyukur ini dititik beratkan oleh Allah dan  Rasul  kita. Hakikatnya, mereka yang bersyukur ini sangat dekat dengan  Allah.  Allah meredhainya, dan dia akan gembira dengan  pemberian Allah.Selalulah bersangka baik dengan Allah kerana dengan  selalu bersangka  baik, kita akan selamat di dunia dan diakhirat. Allah  maha pengatur  dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah berfirman dalam Surah  an-Nur, ayat 19: "...dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)"  Sebelum menutup entry kali ini, marilah kita mengambil ibrah dari hadith Nabi ini:  "Apabila  seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi  harta  kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada   orang-orang yang lebih bawah darinya." Sekian dahulu dari saya. Moga entry ini dapat memberi faedah bersama.

Allah yubarik alaih.

No comments:

Post a Comment