Thursday, 15 September 2011

Wahai Lelaki..!!

Wahai lelaki,

maafkan aku kerana tidak pernah melayanmu,
maafkan aku juga kerana sering mengelak darimu,
sekali lagi aku mohon maaf kerana tidak pernah menegurmu walaupun sekali,
walaupun aku tahu engkau suka akan diriku ini,
tetapi..
aku perlu buat buat tuli,
aku tidak dapat menerima hakikat
bahawa ada seorang lelaki yang menyukai aku,
ini semua kerana..
diri ini tidaklah secantik mana,
pandai pun tidaklah sepandai mana,
mana mungkin seorang lelaki bisa menyukaiku.

namun..

aku tetap perlu menjauhkan diri darimu,
bukan kerana aku benci,
bukan juga kerana aku tak sudi,
dan bukan kerana aku tak suka,
tapi kerana aku takut akan seksa Allah,
aku takut Allah akan cemburu kepadaku.

Wahai lelaki,

sungguh..
aku amat mencintaimu,
walaupun tanpa pengetahuan sesiapa termasuk dirimu.
tetapi..
kau perlu ingat,
tiada cinta yang lebih suci
selain dari cinta-Nya,
insyaallah jika ada jodoh antara kau dan aku,
kita akan bersama jua.

...


disaat ini,
aku tidak perlu akan cinta manusia,
kerana ia penuh dengan kekecewaan,
walaupun aku sering mengharapkannya hadir.
yang aku perlu saat ini hanyalah
kecintaan terhadap Rabbul Izzati,
Pencipta  seluruh isi alam ini.
tidakkah engkau tahu,
cinta-Nya lebih agung dari segala cinta??

Wahai lelaki,

andai engkau menagih cintaku,
tagihlah dulu cinta-Nya,
kemudian barulah engkau datang kepadaku.

Wahai lelaki,

bukan aku meragui keikhlasan cintamu,
tetapi aku tidak bisa memberi kesucian cintaku ini
 kepada lelaki yang tidak halal bagiku.
andai engkau benar benar mencintaiku,
pergilah engkau  berjumpa dengan kedua orang tuaku,
bukannya berjumpa terus denganku,
engkau cakaplah dengan mereka baik baik dan berterus teranglah,
yang engkau benar benar ingin serius dengan ku,
ingin menikah dengan ku,
ingin memperisterikan dirikiu ini,
Insyaallah segala galanya akan dipermudahkan-Nya.

Wahai lelaki,

tidakkah senang dengan cara sebegini??
begitu mudahkan untuk memilikiku dengan cara Islam??
tidak perlulah kita ber'couple' semasa disekolah
seperti murid murid lain,
bukankah lelaki yang mengajak seorang perempuan agar ber'couple' dengannya
adalah lelaki yang pengecut??
tidak perlulah kita bercinta ketika di 'U',
seperti siswa + siswi lain.
kerana..
bukankah lebih enak dan indah sekiranya
kita bercinta + ber'couple selepas berkahwin??


...


itulah tindakan yang sangat aku inginkan darimu
wahai kaum Adam sekalian..
jika benar engkau seorang yang hebat,
tunjukkanlah kehebatannmu dalam perkara ini..

No comments:

Post a Comment