Oh Guru..
tidak semestinya mata yang tertutup itu sedang tidur,
tidak semestinya pelajar yang membaringkan kepalanya
di atas meja kelas,
menandakan yang dia sedang enak diulit mimpi,
guru-guru sekalian perlu tahu,
setiap pelajar mempunyai cara berfikir yang tersendiri dan berbeza,
ada pelajar yang berfikir sambil bermain,
ada pelajar yang berfikir sambil menulis,
ada pelajar yang berfikir dangan termenung seketika,
ada juga pelajar yang berfikir sambil berbaring,
dan..
yang lebih dahsyat lagi,
sambil tidur pun pelajar itu masih boleh lagi berfikir !!
lihatlah..
betapa hebatnya seorang pelajar itu,
kerana mempunyai cara berfikir yang banyak dan berbeza-beza.
Oh Guru..
tidak kiralah pelajar itu sedang berfikir soal apa,
either soal pelajaran,
soal persahabatan,
soal percintaan,
soal kewangan,
or anything else.
daya pemikiran yang sebegini,
menandakan yang pelajar itu sedang ligat berperang dengan otaknya,
bagi memikirkan sesuatu.
tidakkah guru-guru sekalian tahu,
apabila otak sedang memikirkan sesuatu,
berjuta-juta neuron akan berfungsi,
berusaha untuk mencapai tahap pemikiran yang tinggi,
dan juga..
berusaha menjadi pemikir yang hebat !!
Guru-guru Sekalian..
maaf kerana saya berkata sedemikian,
maaf kiranya kata-kata saya ini menyinggung perasaanmu,
maaf andai kata-kataku ini terasa kasar pada pandanganmu,
bukan niatku untuk berkata itu dan ini,
apatah lagi menasihatimu,
jauh sekali memperlekehkan kewibawaanmu,
kerana saya tahu,
saya bukanlah sesiapa,
hanya seorang pelajar yang biasa-biasa sahaja,
yang sedang menagih seluas ilmu darimu,
tetapi..
inilah kenyataan,
yang perlu guru-guru abad ini tahu,
bagi memberi ruang untuk pelajar befikir
dengan cara yang tersendiri.
Kepada Guru-Guruku..
ungkapan maaf sekali lagi ku hulur,
atas salah silapku selama ini,
doamu turut dipohon agar,
anak muridmu ini menjadi pelajar yang berguna,
kepada keluarga,bangsa,negara dan juga agama !!
Sekian dari pelajarmu..
No comments:
Post a Comment