Sunday, 2 October 2011

Esei Malam Lailatul Qadar

Semua umat Islam pasti mencari malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr dihargai dengan 1000 bulan,jika kita menemukan malam Lailatul Qadr dan beribadah pada malamnya,maka ibadah kita setara dengan ibadah yang kita lakukan selama 1000 bulan,luar biasa bukan ?? Makanya,mari kita semua berlumba-lumba untuk menemukan malam Lailatul Qadr ini.

Lailatul Qadr itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan,sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan." ( HR. Bukhari )

Terjadinya Lailatul Qadr di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap,sebagaimana sabda Nabi SAW,

"Carilah Lailatul Qadr di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." ( HR. Bukhari )

Terjadinya Lailatul Qadr pada malam kedua puluh tujuh sebagaimana ditegaskan oleh Ubay bin Ka'ab r.h. Namun pendapat paling kuat dikatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari bahawa Lailatul Qadr terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir. Sabda Rasulullah SAW,

"Carilah Lailatul Qadr di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan,tujuh,dan lima malam tersisa." ( HR. Bukhari )

Antara tanda-tanda malam Lailatul Qadr ialah :

1. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda,

     "Lailatul Qadr adalah malam yang penuh kelembutan,cerah,tidak begitu panas,juga tidak begitu dingin,pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan." ( HR. Ath. Thoyalisi Haytsami )

 2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah.

 3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat.

Itulah beberapa tanda dan keutamaan malam Lailatul Qadr,malam 1000 bulan. Semoga kita semua mendapatkan malam yang sangat mulia ini.

*Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya,esei diatas yg telah digubah dalam tulisan Jawi ( sbg salah satu syarat Musobaqah ) telah mendapat tempat ke-3 dalam Musobaqah Esei sempena Program Ihya' Ramadhan 2011 SMK Tunku Putra..Syukran kpd ibu bapa,sahabiah2,guru2 dan antum semua atas pertolongan yg diberi... 

No comments:

Post a Comment